b u j u l
about Gallery IKAN TAPAH Wikipedia home Bujul twitter tumblr follow
Monday 15 June 2015 | 11:05 | 0 comments



TEMERLOH: “Dalam tempoh tiga bulan, saya sudah kerugian lebih RM100,000 apabila ratusan patin, tilapia merah, baung dan kerai yang diternak dalam sangkar mati disebabkan paras air Sungai Pahang yang semakin cetek.
“Air dalam sangkar kini hanya separas lutut orang dewasa,” kata pengusaha ikan sangkar Sungai Pahang di Kampung Buntut Pulau di sini, Aizun Zainuddin, 40.
Menurutnya, paras air sungai yang semakin cetek menjadi cabaran kepada kebanyakan pengusaha ikan sangkar sepertinya selepas mereka baru saja kembali bernafas selepas mengalami kerugian besar akibat banjir yang melanda negeri ini pada akhir tahun lalu.
Katanya, masalah itu antara lain disebabkan cuaca panas yang berpanjangan ketika ini di samping aktiviti menyedut pasir yang tidak terkawal di sepanjang sungai berkenaan.
“Saya dan rakan hanya mampu berserah dan reda dengan apa yang berlaku. Ini kejadian kali pertama dalam sejarah di daerah ini menyebabkan kerugian besar kepada penternak ikan sangkar.
“Sebelum ini, kemarau teruk pernah berlaku beberapa tahun lalu menyebabkan aktiviti ternakan ikan tidak dapat diteruskan tetapi kali ini berbeza kerana ikan dalam sangkar banyak yang mati kerana paras sungai yang cetek.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37660#sthash.eqHrWMs2.dpuf


TERIMA KASIH HARIAN METRO.

| 10:58 | 0 comments



TEMERLOH – Harga ikan patin sangkar akan dinaikkan bermula 1 April ini menjadikan harga runcit yang dijual di sekitar daerah ini kepada RM17 bagi setiap kilogram.Seorang penternak ikan sangkar yang dikenal sebagai Mat, 30, berkata, kenaikan itu tidak dapat dielak berikutan harga makanan rumusan yang naik mendadak sejak dua bulan lalu daripada RM52 bagi setiap beg kepada RM57.Menurutnya, kenaikan RM5 bagi setiap beg makanan ikan itu sangat memberi kesan kepada peniaga sekiranya masih menjual ikan patin sangkar pada harga lama. “Dalam keadaan pengusaha berhadapan dengan cuaca tidak menentu sekarang, makanan ikan yang dinaikkanantara RM5 hingga RM6 mengikut jenama sudah tentu membebankan penternak. “Masalah ini tidak dirasai bagi segelintir pemborong yang menjual ikan diternak, tetapi sangat memberikan kesan kepada kami yang menanggung risiko membela ikan.“Kami harap penggemar ikan patin akan faham situasi semasa kenaikan disebabkan penternak menanggung kos makanan yang dinaikkan pembekal,” katanya.Sekiranya harga ikan naik, penternak akan menjual ikan patin sangkar pada harga RM13 untuk jualan borong dan RM17 untuk runcit.

SUMBER DARI SINAR HARIAN TEMERLOH


Monday 10 February 2014 | 05:24 | 0 comments



IKAN SELUANG DAPAT NGAIL TADI DI SUNGAI PAHANG



IKAN SELUANG YANG DIBUANG ISI PERUT RM 35 SEKILO


Labels: ,

Saturday 26 October 2013 | 10:26 | 0 comments



KAMI JUGAK MENERIMA TEMPAHAN IKAN DARI TEMERLOH DAN KUALA LUMPUR




TELUR IKAN PATIN





Labels: , ,

| 09:29 | 0 comments



IKAN TAPAH 60 KILO...SIAPA YANG BERMINAT  SILA HUBUNGI 0199562002 AIZUN





Labels: ,