Monday, 15 June 2015 | 11:05 | 0 comments
TEMERLOH: “Dalam tempoh tiga bulan, saya sudah kerugian lebih RM100,000 apabila ratusan patin, tilapia merah, baung dan kerai yang diternak dalam sangkar mati disebabkan paras air Sungai Pahang yang semakin cetek.
“Air dalam sangkar kini hanya separas lutut orang dewasa,” kata pengusaha ikan sangkar Sungai Pahang di Kampung Buntut Pulau di sini, Aizun Zainuddin, 40.
Menurutnya, paras air sungai yang semakin cetek menjadi cabaran kepada kebanyakan pengusaha ikan sangkar sepertinya selepas mereka baru saja kembali bernafas selepas mengalami kerugian besar akibat banjir yang melanda negeri ini pada akhir tahun lalu.
Katanya, masalah itu antara lain disebabkan cuaca panas yang berpanjangan ketika ini di samping aktiviti menyedut pasir yang tidak terkawal di sepanjang sungai berkenaan.
“Saya dan rakan hanya mampu berserah dan reda dengan apa yang berlaku. Ini kejadian kali pertama dalam sejarah di daerah ini menyebabkan kerugian besar kepada penternak ikan sangkar.
“Sebelum ini, kemarau teruk pernah berlaku beberapa tahun lalu menyebabkan aktiviti ternakan ikan tidak dapat diteruskan tetapi kali ini berbeza kerana ikan dalam sangkar banyak yang mati kerana paras sungai yang cetek.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37660#sthash.eqHrWMs2.dpuf
TERIMA KASIH HARIAN METRO.