wikipedia
IKAN PATIN,TILAPIA
Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi adalah spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.
Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Diet utama spesis ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan sungai, udang dan bangkai binatang.
Ikan ini pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana harganya yang boleh mencecah RM180.00 sekilogram terutamanya di sekitar negeri Pahang.
Ikan Patin di Pahang terkenal dengan keenakan dan kelembutannya kerana mempunyai persekitaran yang sesuai sebagai habitat ikan ini.
Masakan yang menjadi identiti bagi ikan ini adalah gulai masam tempoyak. Ikan patin sungai mempunyai nilai komersial yang tinggi dan ada yang diternak di kolam-kolam (patin kolam) dan di sangkar-sangkar (patin sangkar).
Terdapat beberapa jenis ikan patin yang biasa dikenali antaranya ialah:
Patin Kolam (Biasanya berwarna hitam)
Patin Sangkar (Biasanya berwarna hitam dan putih)
Patin Sungai (Biasaya berwarna cerah atau kelabu)
patin Buah
Patin Mucung
Patin Juara.
Ikan Patin
Status pemuliharaan
Terlindung
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Bertulang belakang
Kelas: Actinopterygii
Order: Siluriformes
Keluarga:Pangasiidae
Genus: Pangasius
Spesies:P. hypophthalmus
Nama binomial:
Pangasius hypophthalmus
Tilapia
Ikan Tilapia merupakan nama umum bagi hampir seratus spesies ikan cichlid dari puak biologi tilapiine cichlid.
Tilapia mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara.
Kebanyakan ikan tilapia merupakan haiwan maserba dengan kecenderungan pada bagi tumbuhan rumpair lembut dan detritus.
Dari segi sejarah tilapia merupakan ikan tangkapan penting di Afrika dan Levant, dan menjadi semakin penting dalam akuakultur di sekeliling dunia (lihat akuakultur tilapia).
Di mana tilapia telah diperkenalkan secara sengaja atau tidak sengaja, ia semakin menjadi spesies ceroboh yang bermasalah (lihat tilapia sebagai spesies eksotik).
Ikan Tilapia dari Sungai Nil
(Oreochromis niloticus niloticus)
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Perciformes
Keluarga: Cichlidae
Subkeluarga: Pseudocrenilabrinae
Tribus: Tilapiini